Taraf kesukaran Sudoku

Permainan yang disiarkan seringkali diberi taraf dari segi kesukarannya. Agak memeranjatkan, nilai yang diberikan hanya mempunyai sedikit atau tiada kaitan dengan kesukaran permainan tersebut. Permainan dengan jumlah penyelesaian minima diberikan mungkin mudah diselesaikan, dan permainan yang melebihi nombor purata penyelesaian mungkin amat sukar diselesaikan. Ianya berdasarkan kaitan nombor dan bukannya jumlah nombor yang diberikan.

Penyelesaian berkomputer boleh mengangar kesukaran bagi manusia menyelesaikannya, berdasarkan kerumitan teknik menyelesaikan yang diperlukan. Anggaran ini membenarkan penerbit menyesuaikan permainan Sudoku kepada hadiran dengan pengalaman menyelesaikan yang pelbagai. Sesetengah versi di talian menawarkan beberapa tahap kesukaran.